Pages

Thursday, May 29, 2008

kisah tak sempurna...

Usai suah kisay yang tak sempurna
usailah sudah kisah yang tak kesampaian
andai aku dapat meleraikan
ukiran-ukiran setiap kenangan
kenangan pahit yang tak sempurna

usai sudah kisah yang tak sempurna
biarlah ia berlalu menelan sirna
maafkan aku yang tak sempurna
maafkan aku yang memang tak sempurna
usai sudah kisah yang tak sempurna
tetap tak sempurna buat kenangan
menjadi epilog sepi tak sempurna

biarlah ia berlalu menelan zaman
akhirnya hilang dimamah zaman
terkubur semua kisah tak sempurna
dilubuk yang paling dalam
menjadi kisah yang tak sempurna...

Jiwa Otak Kacau!

Jiwa kacau
Meracau jiwaku
jiwa-jiwa sakit jiwa
jiwa meracau terus kacau

hidup tunggang langgang kerana jiwa
jiwa tertnggang terbalik
jawa lantar tergolek-golek
hidup berbolak balik merana jiwa

ini aku mahu
itu aku mahu
semua aku mahu
sampai satu pun aku tak tahu

mahu tak mahu
tetap tak tahu
adakah apa yang ku mahu dapat kucapai?
jawapan yang pasti tiada ketahuan
ketahuan yang pasti tida jawapan

hingar bingar ini otak, jiwa
jiwa, otak jadi bolak balik
terguling-guling
tergolek-golek
pikir-pikir yang kumahu
tapi tetap tak tahu
tak tahu apa yang dipikir
tak tahu apa yang dirasa
apa yang kumahu???
erti sebenar jiwa kacau , otak gila kusut!!

termangu kebingungan...

Stereng kereta aku belok kiri kanan
menyusuri haluan ke haluan
haluan yang entah kemana haluan
mesin besi ini meluncur laju
pasti moody menanti kian

meluncur laju dalam kesibukkan
tetap laju meniti kebingaran
aku masih dalam kebingungan
tergamam termangu -mangu sendirian

Langkah demi langkah
aku terus menongkah laju langkah
sekali sekala menusuk kepiluan
sekali sekala menusuk kesebakkan

tusuk demi tusuk didada terus sedemikian
sakitnya bisa terasa kian
sekali sekala nafas terasa terhenti
kumenghela , mendengus panjang mengeluh

Benarkah kehidupan kini berubah??
aku masih terpaku kebingungan
dalam kebingaran dan kesibukkan
aku masih terpaku kebingungan
menempuh hari hari mendatang kian...

Wednesday, May 28, 2008

Boneka dunia....

Lesu longlai sepi menggumam bibir,
mendengus halusi pinar neon
menggumam ngetap bibir bibir..
mencari bibit-bibit kebenaran itu

Dimanakah kebenaran....
Dimanakah kejujuran....
Diri ibarat boneka
menyeringai kegembiraan
tatkala sang boneka masih baru
Mendengus membenci
tatkala boneka sudah layu

boneka sinonim dengan wanita
wanita sinonim dengan boneka
permainan sang peria durjana
si jahanam peria durhaka

Menlenguh longlai ...
melonglai meniti jalanan
terus menongkah kesepian
terus menuju kesedihan
syahdu meniti hidup
menanti pengakhirannya...

Monday, May 26, 2008

Azimat Layar Paparan

terendak-rendak menyesut kura berjalan...
berjalan-jalan kura mencari kedamaian...
walau lambat terus merangkak berjalan...
terus menyelinap mencari kebahagiaan....

manusia jua begitu...
si suatu petang ...
di suatu kotak....
lelahan demi lelahan...
jari di petik keyboard laptop...
mekanisme YM mula pertemuan...

Diawal layaran dipaparan peremuan...
bengis, sombong, tipu pura sume bercampur..
sekadar bermain dipaparan tanpa wajah dan suara...
hanya bait-bait perkataan disusun meluah kata...
tiada kebenaran hanya kepalsuan..

dipertengahan layaran dipaparan pertemuan...
merajuk hati kerana segala luahan hanya kepalsuan
namun disebalik itu , tetap masih mendekat hati
mengetahui gerangan hati sebenar disebalik layaran paparan itu

bait-bait diselang kejujuran
bait-bait akhirnya menyatu kesefahaman
dua hati memlih kekejujuran
saling memujuk antara sesama
setiap bait amat bererti dan semakin bererti....

setiap hari menanti bait itu
tanpa bait baitnya hati kerisauan...
adakah masih punya kejadian tulus sebegini?
hati terdetik? Benarkah ini....

jarak terpisah akhirnya dekat jua...
dari bait dilayar paparan...
ke pertemuan. pertemua tak terduga diakal fikiran
pertemuan diawal tanpa ketulusan
benarkan masih punya kejadian sebegini....

Hanya kata LOL!!!!LOL!!!LOH!!!LOH!!
Hahahahah huhuhuhuhuhuhahahahah
"I senang berchat dengan u"
tapi takut ...takut terluka lagi
LOL!!!LOL!!!LOH!!!LOH!!!
hahahahhhiihuhuhuhuh hihihihihi

pertemuan dari layar paparan ke llayar paparan
kpertemuan dari bait ke bait
kepertemuan suara ke suara
akhirnhya kepertemua wajah ke wajah

dimanakah pengakhiran pertemuan ini

LOL!!!!LOL!!!!LOH!!!LOH!!!
hahahahhahah huhuhuhuhu hihihihi
kepastian yang masih belum dipastikan

pasrah dan syukur akhirnya
kejadian sebegini benar2 berlaku
inilah keajaiban dari ketulusan...

dimanakah pengakhiran ini?????
tawakal ke atas ilahi ...
keramat kata
LOL!!!!!LOL!!!!LOH!!!LOH!!!
hahahaha huhuhuhu hihihihi
"janganlah muncung lagi"
akan tetap diminda selamanya

itulah sidia yang meluah
dialah dipanggil Miabh77
terima kasih Miabh77
atas......
LOL!!!!LOL!!!!LOH!!!LOH!!!!
hahahahah huhuhuhuh hihihihi mu!!!!!!

Sirna hilang menyiat Hati

malam kelam melenyap dan menyepi muram
sebutir bintang diselindung awan rundum
sirna bintang kian ditelan gelap malam
dibaham awan-awan di langit malam

dimalam itu duduk menyepi dalam kegelapan
tiada yang cerah hanyalah gelap
dinding gelap langsir diurai dalam gelap
melindung jendela relakan kegelapan

didalam kamar gelap itu ini
duduk menyepi insan kehancuran hati
kegelapan alam menemani insan
insam mati hati mati minda keretakkan hati

hati ranap hancur retak
bagai retak cermin beribu retak
tunggu masa berkecai
masa itu tiba maka tamat hayat itu

bagi hati itu gelap segalanya
bagi hati itu sirna lenyap selamanya

duduk termangu di dalam kotak
kotak bilik menunggu retak
kerna hatii menunggu retak
dalam gelap yang dinanti hentak
hancur hati dihentak hentak

hati ranap retak
baga retaj cermin beribu retak
tunggu masa berkecai
masa itu tiba maka tamat hayat itu

hati diranap manusia lelaki durjana
dulu amat disayangi oleh hati itu, merana!
dulu amat dicintai oleh hati itu, jahanam!
lelaki jahanam , hati merana

kegelapan tiada sirna menjadi indah
kegelapan mungkin memakan hati
sirna malap menjauh hati
lelaki jahanam kejam menyiat hati

hati diranap lelaki idaman............
masa itu tiba, maka hilang hayat itu
maka hilang hayat hati yang gelap melarut pergi...
tiada lagi gelap hati retak merana lagi....

Friday, April 11, 2008

Proses Buat Keputusan

Helai-helaian kertas kemas menitip indah tulisan
Wah RM RM RM ..... boleh tahan
Lokasi lapor ..alamak KL la pulak
JB dan KL jauh boleh tahan
Terpakse berjauh dengan sidia , "boleh ke tahan"

Ditenung kertas RM RM RM sukanya aku
Ditenung Kertas Lokasi Lokasi Muramnya aku
Kerja- si dia, Kerja -si dia peningnya aku
Mana satu jadi pilihan ku
Mana satu jadi keputusanku
Jauh dihati taknak pergi teriakku
Realiti sempitnya hidup paras-paras hidungku

Aduh peningla.... peningnya..
pening pening pening sangat tak terkata
daun-daun kering kusepak, ku pijak beria-ia
harap selesai jauh turun dari langit la
lalalalalala kepala pening la
lalalalalalal apa nak buat da

kerut kusut masai tak terkata
susah nya jadi aku
susahnya mencari kepastian yang boleh diterima
apa nak buat nie peningnya aku
aku bangun, bangkit dari labuhanku
panas tue bangku nie tapi slumber beredar aku
merayau menghirup kesegaran bayu
agar dapat meneliti dan mengapai pilihan terbagus.

Tuesday, April 8, 2008

aku blur atau kau !

Mendung awan di lihat kelabu
merengkeh-rengkeh membengkak menunggu
aku pun begitu
mata menanti untuk di alir sayu
setia aku disini terus menunggu
menunggu kamu sang lelaki idaman kalbu
tapi kau butakah butakah kau....
aku punya setia disini menantimu
kesetiaanku jangan kau timbang lagi kasihku
ketaatanku jangan kau ukur lagi kasihku
cuma kau yang bodoh seakan tidak nampak aku

weiiii aku kat sini lah
lihatlah..bukalah mata mu
aku masih disini menantimu

kauku tahu kau mencintaiku
tapi kau tergamam blur blur tak bermakna
kau terus berkata "aku sangat menyayangi dirimu"
kau kata "diriku tetap setia menantimu"

Aku bingung nie, aku bengang dan blur
sape yang menanti dan sape yang setia ini
kau kata kau sayang tapi tingkahmu slumber dan blur padaku
kau kata lau sayang
tapi kau boleh buat bodoh andai aku bersedih
mana kau dikala aku perlu pelukanmu!
bodoh aku atau kau yang bodoh nie

blur!blur! blur!!
aku yang blur atau kau yang blur?!
aku yang bodoh atau kau yang bangang!
akhirnya Sepi , sepi, sepi
Lalu aku berlalu kau juga berlalu

Tuesday, April 1, 2008

Hidup tiada ketahuan arah lagi...

Bangangnya..... menonggeng tertongeng terkulai layu
sayu ...sayu ... hati sayu .... memecah badai terkelepok kayu
semua dirasa parit, pahit , maung sadish pilu!!!
burung berkicau riang tiba-tiba senyap tanpa berlagu

menerjah-nerjah azimat mu nyah! kau dari sini
muka kau! kelat mampus berambus kau dari sini
Pergi ! Pergi dari sini
tak ingin lagi bujur badan kau terlihat disini
Pergi! Pergi! Pergi!

Note RM 50 terpelanting dihempas kelantai
NAH! amik ko ! selebihnya Kau cari Sendiri!
Hinanya berdesing ditelinga kiri
masuk terjah ke otak Kiri

Bingkas, gapai segala yg sempat
merayau mencari tempat
berlari , berjalan, berlari mampat
tak disangka sesambil air jatuh lebat
lebat jatuh dari sang mata yang menyayat

Allahuakhbar ! Allahuakhbar !
Suara Subuh dilaung sayup sayup kedengaran
Tak sedar dari berjalan dan terus berjalan
semalam tak tidur terus berjalan
sedar-sedar malam menghilang kian
matahari tersedar mahu menyinar sekelian

Rumah Allah ...Ya! Rumah Allah dahulu
solat didirikan berhati sayu
apa nasib di depan menunggu
hati sayu pasrah dikalbu
segala serah hanyalah padaMU

aku , dua atau aku atau dia

aku, dia atau aku atau dia
licin putih bersih mulus muka
muka tidak berjeragat cantik berseri
dia, aku atau dia atau aku
mukaku cantik berseri-seri

dia cantik mulus berjenaka
berang sekali menjolok mata
terpekik pekau sakit nye telinga
aduh cantik diluar dalam busuknya

aku berang berangin
aku makan bersepah
aku maki bertempat
aku tak pandai cover over
aku ini aku itu juga
tak cantik diluar dalam sapa yang tau

benci nya aku pada penipuan
jijiknya aku pada hipokrit
jujur nampak aman
ikhlas jadi penawar perit
jujur ikhlas kunci kebahagiaan

antara aku dan dia
pilihlah aku

Thursday, March 20, 2008

Lari..Jalan...Lari...Penat! duduk!

lari....lari...lari....
jalan..jalan..jalan....
lari ,jalan, lari, jalan...
jalan lari..jalan lari...

hey...budak kenapa lari...
anjing kejar la...lari...
hey.... pakcik kenapa jalan lagi...
kaki sakit tak boleh lari....

penat lari
lari lari lari
penat laa.... duduk lagi

Wednesday, March 19, 2008

MALANG.....

Angin melayang layang
melayang-layang si Daun lalang
rantapan murungan bukan kepalang
kasihan hidup dirundum malang.

Malang...malang....malang....
sayu malang...rakusnya malang....
rakusnya malang seranah menyerang...
malang...malang....malang....

tiada deria pada malang
tiada mata.... pada malang
tiada hidung...pada malang
tiada rasa....pada malang

yang ada malang bukan kepalang

Tuesday, March 18, 2008

Guruh

Boom... Bang.... GRrrrrr!!!
Bunyi ape itu !!
pecah gegendang ngilu gigiku...!!
Aduh!!
Kecut hati ku !!
Seakan-akan mahu meratap daku

Bunyi ape itu!!!!
Selimut ditarik selubung sakan
Bantal dierat kemas di pelukan
boom!!!! bang .. GGGrrrrr !!!

Perang kah terjadi
Runtuhan kah terjadi

air titik-titik jatuh perlahan
menggeletar diri rasa tak tertahan
Tolong!!!! tolong !!!!!
terjerit terjerit dalam kesamaran...

Bunyi ape itu?!
Bunyi ape itu?!
Berpeluh peluh
Mengigil-gigil
Bunyi ape itu?!

Tersantap seketika nyawa bagaikan
tersentap atas kejutan
jari jemari bonda sentuh perlahan...

anakku..... Usah risau
usah meracau....
bunyi itu
bunyi itu
bunyi Guruh berdentam dentum

Hidup....

Hidup....

Gelak tawa hilai tawa disana sini,
tangis resah meraung sepi disana sini
menung murung sayu hati disana sini
baran marah menyeringai membara disana sini

hidup..... bahagiakah ia?
hidup...... sedihkah ia?
hidup....... meranakah ia?
hidup......... bencikah ia?

berlari kau kemana hidup....
berenang kau kemana hidup....
hidup ngeri..... lari dari hidup
hidup indah ..... mengejar kepad hidup

hidup mati hidup mati
biar pahit terpahat dihati
biar riang tersulam dihati

hidup mati hidup mati
lumrah hidup akan mati .....
Yang Mati ...hidup nanti.