Pages

Tuesday, April 1, 2008

Hidup tiada ketahuan arah lagi...

Bangangnya..... menonggeng tertongeng terkulai layu
sayu ...sayu ... hati sayu .... memecah badai terkelepok kayu
semua dirasa parit, pahit , maung sadish pilu!!!
burung berkicau riang tiba-tiba senyap tanpa berlagu

menerjah-nerjah azimat mu nyah! kau dari sini
muka kau! kelat mampus berambus kau dari sini
Pergi ! Pergi dari sini
tak ingin lagi bujur badan kau terlihat disini
Pergi! Pergi! Pergi!

Note RM 50 terpelanting dihempas kelantai
NAH! amik ko ! selebihnya Kau cari Sendiri!
Hinanya berdesing ditelinga kiri
masuk terjah ke otak Kiri

Bingkas, gapai segala yg sempat
merayau mencari tempat
berlari , berjalan, berlari mampat
tak disangka sesambil air jatuh lebat
lebat jatuh dari sang mata yang menyayat

Allahuakhbar ! Allahuakhbar !
Suara Subuh dilaung sayup sayup kedengaran
Tak sedar dari berjalan dan terus berjalan
semalam tak tidur terus berjalan
sedar-sedar malam menghilang kian
matahari tersedar mahu menyinar sekelian

Rumah Allah ...Ya! Rumah Allah dahulu
solat didirikan berhati sayu
apa nasib di depan menunggu
hati sayu pasrah dikalbu
segala serah hanyalah padaMU

No comments: